Ahli jawatankuasa PSLNS 2008-2013
Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor untuk tempoh 2008 – 2013 adalah seperti berikut;
AJK Induk
Penaung - Kosong
Presiden
Encik Ab Aziz bin Ali
Timbalan Presiden
Encik Mohamad Radzillah bin Abdullah
Naib Presiden 1
Encik Mohamad Razali bin Shaharin
Naib Presiden 2
Encik Harith Joseph Abdullah
Naib Presiden 3
Puan Noraza Md Ali
Setiausaha Agong
Encik Shamsul Kahar bin Mohamad
Bendahari Kehormat
Encik Yaahaya bin Husin
AJK 1
Encik Shahril Amir Zainual Abdin
AJK 2
Encik Mahran bin Che Ahmad
AJK 3
Encik Shuhamisidy bin Shamsuddin
AJK 4
Encik Sarwan bin Hj Hussin
AJK 5
Encik Tajuddin bin Manja
AJK 6
Encik Yaahaya bin Husin
AJK 7
Encik Shamsul Kahar bin Mohamad
AJK 8
Encik Abu Bakar Roseman bin Zabidi
AJK 9
Encik Mohd Adnan bin Osman
AJK 10
Cik Nor Ilyana bte Megat Shamsuddin
AJK 11
Encik Hashim bin Muhiden
AJK 12
Encik Zainuddin bin Mohamed
AJK 13
Encik Hassan bin Omar
AJK 14
Puan Emelia binti Kamaruddin
AJK 15
Cik Norashikin bte Abdullah
Biro-Biro
Pengarah Pertandingan
Encik Shamsul Kahar bin Mohamad
Pengarah Latihan dan Pembangunan
Encik Shahril Amir bin Zainal Abidin
Encik Shuhaimisidy bin Shamsuddin – Ketua Jurulatih
Encik Sarwan bin Hj Hussin
Pengarah Logistik & Seminar
Encik Mohamad Razali bin Shaharin
Encik Abu Bakar Roseman bin Zabidi
Pengarah Pengadilan
Encik Ab Aziz bin Ali
Cik Nurilyana bte Megat Shamsuddin
Encik Sarwan bin Hj Hussin – Ketua Pengadil
Encik Mohd Adnan bin Osman - Pengadil
Encik Zainuddin bin Mohamed - Pengadil
Encik Hashim bin Muhiden – Pengadil
Encik Hassan bin Omar
Pengarah Kebajikan
Encik Shahril Amir bin Zainal Abidin
Cik Norashikin bte Abdullah
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN GUSTI LENGAN PSLNS
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN GUSTI LENGAN
- PERKARA 1 – KATEGORI
1.1. Kategori A Lelaki atas 85kg
1.2. Kategori B Lelaki 75.1kg ke 85kg
1.3. Kategori C Lelaki 75kg ke bawah
1.4. Kategori D Wanita atas 75kg
1.5. Kategori E Wanita 75kg ke bawahPERKARA 2 – FORMAT PERTANDINGAN
2.1. Pertandingan mengunakan format kalah dua kali atau double elimination iaitu pemain yang kalah kali untuk ke dua akan terkeluar dari pertandingan dan pemain yang menang mara ke pusingan yang seterusnya.
2.2. Walau bagaimanapun PSLNS boleh mengubah format pertandingan jika perlu.
2.3. Pertandingan hanya menggunakan tangan kanan sahaja.PERKARA 3 – TIMBANG BERAT BADAN
3.1. Pemain-pemain akan ditimbang berat badan terlebih dahulu pada hari pertandingan untuk penentuan dan pengesahan kategori pertandingan yang disertai.
3.2. Pemain hendaklah berpakaian lengkap tanpa berkasut semasa timbangan. Bagaimanapun pemain boleh meminta untuk hanya memakai seluar pendek sahaja tanpa baju semasa timbangan.PERKARA 4 – MEMULAKAN PERLAWANAN
4.1. Nama pemain-pemain yang berlawan akan dipanggil dan mereka diberi masa selama 60 saat untuk datang ke meja perlawanan. Kegagalan untuk hadir dalam masa ditetapkan, pemain yang berkenaan akan dianggap kalah dalam perlawanan berkenaan sahaja.
4.2. Pemain hendaklah bersalaman dengan pengadil dan pemain lawan sebelum memulakan perlawanan.PERKARA 5 – CENGKAMAN
5.1. Cengkaman bererti pemain mengenggam tangan lawan secara merapatkan dan mempertemukan tapak tangannya kepada tapak tangan lawan, ibu jari mesti dapat dilihat semasa memulakan perlawanan.
5.2. Tangan yang lagi satu memegang besi pemegang (peg), yang ada di tepi meja.
5.3. Sebelum membuat genggaman, siku hendaklah sentiasa berada di atas pelapik siku sepanjang perlawanan.
5.4. Jika pemain masih gagal uuntuk melakukan cengkaman, pengadil akan melakukan cengkaman untuk pemain mengikut prosedur berikut; tangan kedua-dua pemain akan digenggamkan oleh pengadil. Dengan cara ibu jari pemain diturunkan dan jari pemain dirapatkan oleh pengadil. Setelah itu pengadil akan bertanya pemain jika mereka telah bersedia. Pemain tidak lagi dibenarkan menggerakkan tangan mereka.
5.5. Sekiranya genggaman terlepas semasa perlawanan sedang berlangsung, tali pengikat akan digunakan. Pengadil akan meminta pemain-pemain untuk menempatkan siku masing-masing pelapik siku, meletakkan mereka dalam keadaan genggam menggengam. Ketika ini ikatan hendaklah segera dibuat. Hanya pengadil sahaja dibenarkan membuat ikatan dan meleraikan ikatan. Tali pengikat tidak boleh diikat lebih rendah daripada 1 inci di bawah garis pergelangan tangan.PERKARA 6 – TEKANAN KE BELAKANG
6.1. Pemain dilarang menarik tangan lawannya sehingga melepasi garis tengan. Tindakan berkenaan dianggap sebagai tidak sah. Perlawanan akan dimulakan semula.
6.2. Sekiranya berlaku tiga kali, pemain yang melakukan perbuatan berkenaan dianggap kalah.PERKARA 7 – PAKAIAN
7.1. Pemain hendaklah berpakaian sukan dan memakai kasut. Selipar tidak dibenarkan.
7.2. Pemain yang berambut panjang hendaklah memastikan rambut panjang berkenaan diikat terlebih dahulu. Pengikat atau penutup rambut adalah dibenarkan.
7.3. Penutup kepala kecuali topi berpelindung ke1iling adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun pemain yang memakai "cap" hendaklah memusingkan "cap" ke belakang kepala.
7.4. Semasa perlawanan, pemain tidak dibenarkan memakai jam tangan atau cincin atau apa juga perhiasan pada tangan yang digunakan untuk perlawanan.PERKARA 8 – KEDUDUKAN BADAN
8.1. Kedudukan bahu mestilah se1ari dengan sisi meja sebelum perlawanan bermula. Mana-mana anggota badan tidak boleh melepasi garisan tengah meja.
8.2. Semasa perlawanan kedudukan badan adalah bebas namun tidak boleh melebihi garisan tengah meja.PERKARA 9 – KEDUDUKAN BAHU DAN LENGAN
9.1. Perlu ada ruang di antara bahu dan lengan pemain dan juga antara dagu dan tangan sebelum dan semasa perlawanan.
9.2. Jarak berkenaan dengan anggaran seluas tapak tangan pengadil.PERKARA 10 – SENTUHAN PENGADIL
10.1. Tidak ada sentuhan antara pengadil dengan pemain kecuali jika perlu sahaja.
10.2. Pengadil hanya akan menyentuh pemain secara lembut hanya untuk membetulkan kedudukan tangan pemainPERKARA 11 – KEDUDUKAN KAKI
11.1. Sekurang-kurang satu kaki pemain mestilah menyentuh lantai sebe1um perlawanan bermula.
11.2. Kaki pemain boleh berada dalam keadaan bebas atau disendalkan di kaki meja atau ke masuk kawasan lawan tetapi tidak boleh sehingga mengganggu lawan semasa perlawanan berlangsung.
11.3. Kaki juga boleh berada dalam kedudukan tergantung tidak menyentuh lantai semasa perlawanan berlangsung.PERKARA 12 - MEMULAKAN DAN MENAMATKAN PERLAWANAN
12.1. Pengadil akan memberi isyarat memulakan perlawanan dengan menyebut "Ready .... Go!!"
12.2. Pengadil akan menamatkan perlawananq dengan menyebut ”stop”.
12.3. Pengadil juga akan menggunakan perkataan "Stop" untuk memberhentikan perlawanan.
12.4. Sebaik pengadil menyebut perkataan "Stop" pemain mesti menghentikan perlawanan serta merta.
12.5. Pengadil kemudian akan memegang tangan kedua pemain dan mengumumkan pemenang dengan mengangkat tangan pemain yang menang.PERKARA 13 – KEMENANGAN
13.1. Pemain dianggap menang apabila pemain berjaya menjatuhkan tangan lawan sehingga belakang tangan atau lengan lawan menyentuh pelapik sentuhan atau sebaris dengan pelapik sentuhan,
13.2. Perlawanan diadakan sebanyak dua kali jika pemain menang kedua-dua perlawanan dan perlawanan ke tiga jika pemain seri dalam dua perlawanan awal.PERKARA 14 – KECEDERAAN
14.1. Sekiranya pemain mengalami kecederaan semasa perlawanan berlangsung, ianya masih tidak dianggap kalah melainkan pemain mengaku kalah dalam perlawanan berkenaan.PERKARA 15 – TEMPOH MASA PERLAWANAN
15.1. Tidak terdapat batas waktu untuk perlawanan sebenar. Bagaimanapun, jika perlawanan berlangsung agak lama dan pada pandangan Ketua Pengadil, perlawanan itu dianggap tidak sesuai untuk diteruskan, maka perlawanan boleh dihentikan. Pengadil boleh memulakan perlawanan yang baru.PERKARA 16 – HENTIKAN PERLAWANAN
16.1. Perlawanan yang sedang berlangsung tidak boleh dihentikan semasa atau di antara perlawanan kecuali jika berlaku kegagalan peralatan atau kesilapan jadual perlawanan atau diarah oleh pegawai pertandinganPERKARA 17 – PERLAWANAN KALI KE DUA
17.1. Pemain atau pasukan tidak boleh dipertemukan untuk kali kedua melainkan untuk menentukan kedudukan tempat.PERKARA 18 – KELEBIHAN
18.1. Pengadil perlawanan boleh memberi sedikit kelebihan kepada pemain yang sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).PERKARA 19 – KAWASAN JATUHAN
19.1. Pemain hanya boleh menjatuh pihak lawan di kawasan yang ditetapkan saja.PERKARA 20 – KEPUTUSAN PENGADIL
20.1. Keputusan pengadil adalah muktamadPERKARA 21 – PERKATAAN YANG DIGUNAPAKAI
21.1. Pengadil akan mengguna perkataan yang telah ditetapkan sahaja sewaktu perlawanan berlangsung.
21.2. Pemain mestilah memahami maksud kata-kata berikut dan akur:
21.3. Perkataan yang digunapakai adalah;
21.3.1 Grip: Kedua-dua pemain hendaklah segera memulakan cengkaman ke atas satu sama lain.
21.3.2 Ready .. Go!:Mulakan perlawanan
21.3.3 Elbows down : Siku pemain hendaklah di atas pelapik siku
21.3.4 Knuckles: Kuku hendaklah tidak mengenai mana-mana bahagian tangan lawan.
21.3.5 Wrist: Pergelangan tangan hendaklah diluruskan sebelum perlawanan dimulakan.
21.3.6 Shoulders: Sila perbetulkan kedudukan bahu supaya tidak melebihi garisan tengah memasuk kawasan lawan.
21.3.7 Stop : Hentikan perlawanan serta merta.
21.3.8 Warning : Hukuman amaran dari pengadil
21.3.9 Winner: Pengadil mengistiharkan Pemenang
21.3.10Referess Grip : Cengkaman dilakukan oleh pengadil sekiranya pemain-pemain gagal membuat cengkaman permulaan yang sempurna.
21.3.11Back: Kedua pemain diarah berundur kebelakang dalam jarak 1 meter dari meja pertandingan.
21.3.12Thumb Down: Ibu jari tangan pemain hendaklah dalam kedudukan ke dalam cengkaman
21.3.13Don’t Move: Tiada pergerakan oleh pemain sebelum pengadil memulakan perlawanan
21.3.14Center : Kepala dan bahu pemain hendaklah diundurkan dari kawasan tengah meja
21.3.15Strap: Sekiranya cengkaman terlepas semasa perlawanan berlangsung, tangan kedua-kedua pemain akan diikat oleh pengadil
21.3.16Foul: Pemain telah melakukan kesalahan kecil
21.3.17Dangerous position: Pemain berada dalam posisi kedudukan yang boleh mendatangkan kecederaan. Pemain hendaklah segera membetulkan kedudukan. Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya mereka yang dalam "dangerous position" melakukannya sebanyak 2 kali.
Salam Hormat dan Selamat Datang
Shamsul Kahar bin Mohamad
Pengetua
Akademi Online Gusti Lengan Selangor